Tuesday, May 3, 2016

Agama dan Kepercayaan



Pada seratus tahun sebelum, Orang Iban tidak menerima agama-agama lain, tetapi mereka adalah mempercayai kepada ajaran animism. Bagaimanapun pada era prakolonial, kebanyakan masyarakat iban menerima agama Kristian, kerana ramai kaum Iban telah ditukar atau dipegaruhi oleh penjelajah British James Brooke. Walaupun, ramai orang Iban sudah menerima agama Kristian, tetapi dalam masa yang sama mereka masih mengekalkan nilai adat rasam yang tradisional dan ciri-ciri kebudayaan yang lama, terutamanya semasa perkahwinan atau perayaan dan nenek moyang mengamalkan seperti 'Miring'. Selepas menerima agama Kristian, banyak orang Iban sudah bertukar nama tradisional mereka kepada “Nama Kristian”. Contohnya David, Michael dan lain-lain tetapi minoriti daripada mereka masih guna nama tradisional.


Walaupun Kaum Iban menerima agama- agama yang lain, tetapi mereka masih adalah berpegang sesuatu kuat kerpercayaan tradisional mereka. Dalam kerpercayaan mereka, orang Iban percaya kepada Bunsu Petara ialah seorang Tuhan yang mencipta dunia ini. Selain itu, mereka masih percaya adalah tujuh orang dewa yang lain seperti Sengalang Burong (dewa Peperangan), Biku Imam Bunsu Petara (dewa keagamaan), Menjaya (dewa perubatan), Selempandai (dewa pembuatan), Semerugah (dewa pertanian dan tanah), Ini Inee (pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan) dan Anda Mara/Gangga Ganggong (dewa kekayaan). Orang Iban masih mempunyai banyak percaya tradisional lain daripada tuhan mereka. Mereka percaya semua binatang, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air dan lain-lain ada semengat.



Kepercayaan mereka masih adalah banyak lain. Contohnya, mimpi ialah merupakan sebagai mesej daripada Tuhan mereka. Kalau mereka mendapat mimpi yang tidak baik malam sebelumnya, mereka akan berhenti semua aktiviti esok. Selain itu, mereka juga adalah beberapa pantang larang untuk sesiapa wanita yang mencapai sewaktu mengandung seperti dilarang menggali parit di kawasan padi, tidak boleh memotong pokok yang menjalar di atas tanah, tidak boleh menanam pokok pisang, dilarang membawa kura-kura ke dalam bilik dan lain-lain.  

No comments:

Post a Comment