Tuesday, May 3, 2016

Pengenalan




Pada era globalisasi dan zaman tanpa wayar kini, masyarakat lebih menumpukan perhatian mereka atas bidang ekonomi, teknologi, hiburan dan selain-lainnya.  Oleh itu, masyarakat terkini semakin melupakan adat resam, bangsa dan tradisional negara kita. Kebanyakan mereka juga tidak mempunyai pengetahuan asas terhadap pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia. Fenomena ini telah berleluasa dan akan menjadi semakin kritikal untuk rakyat Malaysia, masalah yang akan ditimbulkan termasuk salah faham antara satu sama lain, kurang bertimbang rasa atas kekurangan pengetahuan dan mungkin berlaku pertikaian. 


Oleh demikian, kumpulan kita telah memilih tajuk tersebut, iaitu portfolio tentang Orang Iban di Malaysia untuk memastikan sejarah ataupun tradisi antara satu bangsa sama lain dapat dituruni dan dipelajari. Dalam portfolio ini, kita akan memperkenalkan pelbagai bidang tentang orang Iban yang termasuklah sejarah, budaya, agama dan kepercayaan, perayaan dan selain-lainnya.



            Kumpulan kita memilih Orang Iban sebagai tajuk adalah kerana kaum ini kurang ditumpu perhatian oleh masyarakat. Bukan itu sahaja, kita juga berharap melalui portfolio ini ahli kumpulan kita akan lebih memahami keistimewaan dan keunikan serta tradisi-tradisi terhadap orang Iban.

No comments:

Post a Comment