Tuesday, May 3, 2016

Budaya



Masyarakat Iban adalah satu bangsa Dayak daripada Borneo. Dalam Malaysia, kebanyakan orang Iban terletak di Sarawak, sebahagian orang iban terletak di Sabah dan beberapa orang iban terletak di belah barat dalam Malaysia. Sebelum ini, asalnya mereka dikenali oleh British sebagai Dayak Laut semasa zaman penjajahan. Iban juga dikenali dengan aktiviti yang mereka lakukan iaitu mengamalkan pemburuan kepala dan perkembangan suku kaum atau wilayah. Suatu masa dahulu, orang iban adalah kaum yang sangat kuat dan selalu berjaya dalam peperangan. Kaum Iban juga merupakan satu suku yang sangat ditakuti di Borneo. Bahasa yang mereka gunakan adalah Bahasa orang iban (Janggang, 2009).


Dalam zaman yang moden sekarang, zaman pemburuan kepala telah lama berlalu dan kini berada di dalam era moden globalisasi dan teknologi untuk orang iban. Populasi orang iban tertumpu di Sarawak, Brunei, dan wilayah Kalimantan Barat dan Indonesia. Selain itu, mereka juga tinggal di dalam rumah panjang yang dipanggil rumah Panjai. Kebanyakan rumah panjang dilengkapi dengan kemudahan moden seperti elektrik, bekalan air dan kemudahan lain seperti jalan raya, talian telefon dan juga internet. Generasi muda orang iban selalu didapati di kawasan Bandar dan juga berada di kampong halaman mereka semasa cuti. Pada hari ini, kaum iban menjadi semakin moden tetapi masih dapat mengekalkan warisan tradisional dan budaya mereka.



Asal usul nama Iban adalah misteri walaupun telah terdapat banyak teori yang wujud. Semasa zaman penjajahan British, kaum iban dikenali dan dipanggil ‘Sea Dayak’. Ada yang percaya bahawa perkataan ‘Iban’ adalah perkataan asal daripada orang iban untuk ditujukan sebagai manusia dan orang. Perkataan moden ‘Iban’ yang dimaksudkan manusia atau orang adalah ‘mensia’. Perkataan ini adalah perkataan pinjaman melayu yang diubah suai sedikit bagi erti yang sama (Manusia).


Lebih-lebih lagi, masyarakat iban juga adalah penduduk asal Pulau Borneo. Pada asalnya mereka adalah petani, pemburu dan juga pengumpul sama juga seperti suku-suku Dayak yang lain. Sebelum kedatangan ekspidisi orang iban dari barat ke Asia juga tidak banyak diketahui. Ini adalah kerana tidak ada yang pernah dicatatkan oleh mana-mana pengembara tentang mereka.


Majoriti agama yang dipegang oleh orang iban adalah Christian (Kristian) tetapi terdapat juga sebahagian daripada mereka Muslim. Selain itu, perayaan utama bagi orang iban ialah festival menuai padi Gawai Dayak. Selain daripada itu, mereka juga ada festival burung Gawai Burong dan peryaan semangat Gawai Antu. Gawai Dayak disambut setiap tahun pada 1 Jun pada akhir musim menuai. Motifnya adalah beribadah kepada Tuhan Sempulang Gana.


Majoriti Kaum Iban yang berpegang dengan agama Christians (Kristian) juga mempunyai perayaan seperti ‘Christmas’, ‘Good Friday’, ‘Easter’, dan perayaan Christian yang lain. Walaupun terdapat perbezaan dalam agama, mereka sentiasa membantu antara satu sama lain semasa perayaan Gawais dan Krismas. Perbezaan dalam kepercayaan tidak pernah ada masalah dalam masyarakat iban. Kaum iban percaya dalam membantu dan antara satu sama lain dan juga berseronok antara satu sama lain kerana perbuatan ini boleh mewujudkan masyarakat yang harmoni.



Tarian tradisional bagi orang iban dipanggil ngajat. Tarian ini diesrtakan dengan taboh dan gendang sebagai alat muzik. Selain itu, Pua Kumbu adalah kain tradisional iban yang digunakan untuk menghiasi rumah. Bukan itu sahaja, Tuak juga digunakan sama matlamat dengan ‘wine’. Tuak digunakan untuk melayan tetamu dan juga diguanakan dalam perkahwinan. Tuak asalnya diperbuat daripada beras. Terdapat juga alternative lain dariapada berasa iaitu tebu, hali dan jagung (Wijnen, 2016).

No comments:

Post a Comment