Tuesday, May 3, 2016

Watak dan Perwatakan



Kaum Iban membentuk kira-kira 30 peratus (674,000 orang) penduduk dan merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. 42% daripada mereka beragama Kristian (Joshua Project, 2016). Kumpulan etnik ini terkenal sebagai pemburu yang paling hebat di pulau Borneo. Kaum Iban juga dikenali sebagai Dayak Laut (The Malaysia Site, 2008).


Salah satu ciri kaum Iban ialah mempunyai tato yang berwarna hitam atau biru di tubuh mereka. Bagi kaum Iban, tatu bukan sahaja satu bentuk hiasan, tetapi juga petunjuk kekayaan dan pencapaian.  Banyak reka bentuk yang digunakan untuk tatu. Contohnya, kontur bulat untuk bahu, dada atau bahagian luar pergelangan tangan. Selain itu, reka bentuk yang lebih rumit mengandungi anjing, ketam dan haiwan yang mempunyai imej yang kuat adalah untuk menatu di paha mereka. Dua tempat yang paling penting untuk tatu adalah tangan dan tekak (Rough Guides, 2016).


Selain itu, majoriti kaum Iban di Sarawak masih mendiami di rumah panjang yang dibina  sepanjang sungai. Rumah panjang bersimbol kehidupan bermasyarakat di Sarawak. Lelaki kaum Iban haruslah memilih bahan dan membina rumah panjang mereka sendiri. Oleh sebab itu, reka bentuk untuk setiap rumah panjang berbeza. Bahan-bahan yang biasa digunakan mengandungi pecahan buluh and kayu. Satu rumah panjang boleh muatkan sekurang-kurangnya 4 keluarga hingga 80 keluarga (Jabatan Muzium Sarawak, 2015).



Selanjutnya, kaum Iban bertutur dalam Bahasa Iban yang juga dekenali sebagai Jaku Iban. Jaku Iban merupakan Bahasa Melayu-Polinesia yang berkait rapat dengan Bahasa Melayu terutamanya Bahasa Melayu di Sarawak.  Kaum Iban boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan sub-etnik yang berbeza. Setiap daripada mereka bercakap dalam dialek yang berbeza. Dialek yang paling formal adalah Saribas, Betong dan Saratok. Selain itu, dialek yang lain seperti Rejangs, Balaus , Ulu Ai atau Sebuyaus merupakan dialek yang paling senang untuk difahami di seluruh rantau Sarawak (Omniglot, 2016).

No comments:

Post a Comment